MANTAP. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memantapkan kecekapan operasi mereka apabila menghantar 80 penguat kuasa menyertai kursus melibatkan ketahanan fizikal dan mental di Earth Camp, Nomad Adventure, Gopeng, Perak. Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Osman Ismail berkata, kursus yang diadakan selama lima hari bertujuan memberi motivasi kepada penguat kuasa sekali gus mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam tugasan seharian. “Seramai 80 penguat kuasa termasuk 10 penguat kuasa wanita akan dilatih oleh…