GOTONG-ROYONG. Lebih 300 orang penduduk bergotong-royong memasak bubur asyura di Masjid Kusial Bharu, Kampung Kusial Bharu, Tanah Merah Kelantan baru-baru ini. Pengerusi program, Rofiq Omardin berkata, Program Memasak Bubur Asyura turut membabitkan ahli jawatankuasa masjid, penduduk taman perumahan di sekitar Kampung Kusial termasuk masyarakat di Cekok Ipoh. “Program julung-julung kali diadakan ini bertujuan merapatkan uhkwah antara satu sama lain, generasi muda dan tua. “Sebanyak 900 bekas bubur asyura dapat disediakan…