KUALA LUMPUR – Gedung beli-belah terkemuka, Parkson telah menyelesaikan proses naik taraf salah sebuah cawangannya, Parkson Elite di Gurney Plaza, Pulau Pinang bagi menyediakan pengalaman lebih baik buat pengunjung. Berkeluasan 167,000 kaki persegi (15,514 meter persegi), gedung empat tingkat itu kini menawarkan lebih daripada 300 jenama antarabangsa dan tempatan meliputi kategori kecantikan, fesyen, gaya hidup, kediaman dan banyak lagi. Parkson melalui kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini baru-baru ini berkata,…