LONDON 4 Okt. – Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui pasukannya akan beraksi tanpa Jesse Lingard ketika bertemu Newcastle yang mengalami kecederaan hamstring selepas aksi Liga Europa menentang AZ Alkmaar. Pemain itu dimasukkan pada separuh masa kedua di Belanda tetapi kelihatan terhincut-hincut pada masa kecederaan ketika Red Devils memburu jaringan kemenangan pada lewat permainan. Dia mengalami kecederaan hamstring namun pengendali Red Devils tidak begitu bimbang dengan keadaan itu. Solskjaer…










