KUALA LUMPUR 4 Okt. – Lebihan perdagangan Malaysia pada Ogos 2019 melonjak 655.2 peratus kepada RM10.92 bilion berbanding Ogos tahun lepas, lebihan perdagangan bulan yang ke-262 berturut-turut sejak November 1997. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata jumlah perdagangan menyusut 6.6 peratus tahun ke tahun kepada RM151.79 bilion, dengan eksport jatuh 0.8 peratus kepada RM81.36 bilion manakala import berkurangan 12.5 peratus kepada RM70.43 bilion. “Eksport rendah direkodkan ke Hong Kong,…










