PETALING JAYA 4 Okt. – Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin eksekutif Hong Kong, Carrie Lam perlu meletakkan jawatan berikutan demonstrasi anti-kerajaan yang berlarutan sehingga sekarang dan ramalan kononnya China akan akhirnya mengambil tindakan tegas terhadap para penunjuk perasaan. “Hakikatnya beliau dalam dilema, beliau perlu mematuhi tuannya dan pada masa yang sama perlu bertanya suara hatinya sendiri. “Gerak hatinya berkata bahawa masyarakat Hong Kong betul apabila menolak undang-undang,…










