KUALA LUMPUR 8 Okt. – M+S Pte Ltd. menjual Ophir-Rochor Hotel Pte. Ltd. (ORH), pemilik hotel Andaz Singapore, kepada Hoi Hup Realty Pte. Ltd. (Hoi Hup) pada harga S$475 juta (RM1.44 bilion). M+S dimiliki Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) dengan pegangan kepentingan sebanyak 60 peratus manakala 40 peratus lagi dimiliki Temasek Holdings Pte. Ltd. Ketua Eksekutif M+S, Kemmy Tan berkata, transaksi berkenaan adalah yang tertinggi pernah dicatatkan bagi segmen hotel di…