KOTA BHARU 2 Okt. – Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Itulah tanda kasih yang diterjemahkan oleh Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) apabila tampil menghulurkan bantuan kepada petugas Utusan Malaysia dan Kosmo! yang sedang berhadapan krisis kewangan sejak beberapa bulan lalu. Timbalan Presiden Kemudi, Shahnun Hanif Abdullah berkata, sumbangan ini sebagai menzahirkan tanda sokongan kepada petugas agensi berkenaan. “Atas semangat keluarga yang mana Utusan Malaysia dan Kosmo! adalah sebahagian…










