GUA MUSANG 4 Okt. – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) negeri menerima peruntukan berjumlah RM3.5 juta untuk diagihkan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh negeri. Pengarah Kemas negeri, Anuar Mat Zain berkata, peruntukan itu melibatkan dua fasa bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima daripada lebih 400 MPKK setakat ini. Katanya, MPKK di negeri ini dapat memanfaatkan geran tersebut bagi meningkatkan ekonomi penduduk melalui aktiviti bersifat kesukarelaan, sukan dan kemasyarakatan,…










