KUALA TERENGGANU 1 Okt. – Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) hari ini tampil menghulurkan sumbangan kepada kakitangan Utusan Malaysia dan Kosmo! Biro Terengganu. Sumbangan berupa wang tunai itu disampaikan oleh Presidennya, Khairul Azlam Mohamad kepada Penolong Ketua Biro Kosmo!, Mohd. Azli Adlan. Khairul Azlam berkata, pihaknya terpanggil untuk menyalurkan bantuan tersebut sebagai tanda solidariti dan keprihatinan atas nasib yang menimpa kakitangan syarikat akhbar tertua di Malaysia itu, yang kini berdepan krisis kewangan. Katanya, lebih istimewa apabila sebahagian…