IPOH 8 Okt. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut setelah terjatuh ke dalam lubang kumbahan di kuarters Balai Polis Pasir Puteh di sini hari ini. Mangsa, Mohammad Anas Hadif Ahmad Hafiz ditemukan oleh pasukan bomba dalam lubang kumbahan sedalam dua meter itu pada pukul 9 pagi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Mohamad Fadzlei Che Husain berkata, sepasukan 11 pegawai dan anggota bergegas ke tempat kejadian sejurus…










