CADANGANKesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya pihak Kementerian Pendidikan melantik warden asrama sekolah bukan dalam kalangan guru mungkin perlu diberi perhatian dan diperhalusi secara serius. Perkara itu perlu diteliti secara mendalam kerana tugas dan tanggungjawab sebagai warden asrama sekolah pada masa ini amat mencabar berbanding masa lalu. Mengikut Presiden NUTP, Aminuddin Awang, ketika ini terdapat amalan guru ‘dipaksa rela’ menjadi warden sekolah berasrama penuh dan keadaan itu menjadikan para pendidik…










