BAGHDAD – Pasukan keselamatan Iraq melepaskan tembakan peluru hidup untuk menyuraikan protes di sini yang masuk hari ketiga semalam walaupun kerajaan menguatkuasakan perintah berkurung. Perdana Menteri, Adel Abdel Mahdi mengarahkan larangan berhimpun dikuatkuasakan di Baghdad mulai pukul 5 pagi (waktu tempatan) semalam untuk mengekang demonstrasi itu. Pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis di Baghdad dan beberapa bandar lain di selatan Iraq meragut nyawa 12 penunjuk perasaan dan seorang anggota polis.…










