PULAU PINANG 1 Okt. – Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan negeri dan pihak berkuasa berkaitan mengambil tindakan segera berhubung laporan terdapat kuari granit yang beroperasi secara haram di Teluk Bahang di sini. Presidennya, R. Meenakshi berkata, kes itu menunjukkan kelemahan dan kelalaian pihak berwajib dalam penguatkuasaan undang-undang memandangkan pihak berkuasa sudah mengetahui kewujudan operasi kuari berkenaan sejak 2016. Katanya, adalah menghairankan dan mengejutkan kerana pihak berkuasa berkaitan tidak bertindak tegas walaupun operator kuari itu tidak mematuhi perintah berhenti kerja dan melanggar semua peraturan-peraturan sedia ada. Tambahnya, menyulitkan lagi isu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya