DALAM usaha memberikan pengiktirafan kepada pasukan senaman aerobik terbaik di negara ini, Milo dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) menganjurkan kembali Pertandingan Activ Jam Senam Aerobik Kebangsaan. Pengarah Eksekutif Unit Perniagaan Milo dan Susu, Nestlé (Malaysia) Berhad, Kumaran Nowuram berkata, senaman aerobik boleh dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira faktor umur. “Melalui sukan ini, ia dapat memupuk perpaduan, semangat berpasukan, disiplin, kreativiti dan semangat kesukanan iaitu nilai-nilai murni yang dapat diterapkan…










