KUALA LUMPUR 4 Okt. – Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini apabila para pelabur mengambil keuntungan menjelang cuti hujung minggu meskipun kenaikan semalaman di Wall Street, kata para peniaga. Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.64 peratus atau 10.06 mata kepada 1,554.06 daripada paras penutup 1,564.12 pada Khamis. Indeks itu dibuka 0.23 mata lebih rendah kepada 1,563.89 dan bergerak antara paras 1,553.20…










