Bergelar pelakon sejak kanak-kanak, pelakon dan pelawak Bell Ngasri sudah melalui banyak fasa pertukaran watak daripada serius, antagonis dan terkini sebagai pelakon komedi. Ironi, kemunculan Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, 39, dalam industri bermula sebagai pelakon serius namun dia kini lebih dikenali menerusi watak-watak komedi. Dalam tempoh tersebut juga, dia masih berada dalam lingkar watak pembantu dan jarang diangkat menjadi tunjang utama sesebuah naskhah. Tidak terkilan, pelakon Kaki Bakar…