KUALA TERENGGANU 8 Okt. – Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini melakar satu lagi sejarah dalam perkhidmatan teknologi pembiakan berbantu (ART) secara kaedah persenyawaan in vitro (IVF) apabila bayi pertama menerusi prosedur pemindahan embrio beku (FET) selepas enam tahun, selamat dilahirkan semalam. Cahaya mata sulung kepada pasangan Mohd. Yuhairi Haniff Yoon, 37, dan Noor’adn Muhammad, 38, dari Binjai Rendah, Marang itu dilahirkan pada pukul 8.38 pagi di Pusat Rawatan…