SUBANG JAYA 4 Okt. – Banyaknya pelaburan oleh syarikat teknologi dari United Kingdom (UK) di Malaysia mencerminkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia yang sedang bergerak di landasan yang tepat. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, ini satu suntikan kepada pembangunan dan pertumbuhan teknologi di Malaysia dan isyarat permulaan bagi lebih banyak pelaburan penting yang signifikan dan strategik kepada agenda transformasi digital negara ini. “Saya positif dengan komitmen baru ini…










