KUALA LUMPUR 3 Okt.- Seramai 248 penjenayah ditahan polis dalam Op Rentap Khas yang bermula Februari hingga September lalu di sekitar Kuala Lumpur. Operasi tersebut bertujuan membanteras kegiatan jenayah ragut serta samun di beberapa kawasan panas di sekitar ibu negara terutama di Dang Wangi dan Brickfields. Daripada 248 individu yang ditahan, sebanyak 112 orang merupakan penjenayah dikehendaki manakala 43 lagi terlibat dengan kegiatan dadah. Selain itu, sebanyak 43 orang diberkas…










