KUALA LUMPUR 26 Sept. – Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia membuktikan kecemerlangannya dengan menundukkan bekas juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen untuk ke suku akhir Terbuka Korea, hari ini. Dalam aksi yang berlangsung di Incheon itu, Zii Jia beraksi selama 35 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-18, 21-16 ke atas Axelsen yang juga bekas pemain No.1 dunia. Kejayaan itu menyaksikan pemain berusia 21 tahun itu akan membuat perhitungan sekali…










