KUALA LUMPUR 26 Sept. – Keadaan pemain drum terkenal, Yazit Ahmad kini masih kritikal dan dipantau di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur. Terdahulu, pemuzik berusia 57 tahun itu dikejarkan ke wad Urologi dan Nefrologi hospital berkenaan kira-kira jam 3 pagi Selasa lalu selepas mengadu sesak nafas. Doktor mengesahkan dia mengalami kecederaan otak (brain damage) berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan. Menerusi kemaskini akaun Facebook milik abang Yazit iaitu…










