KUALA LUMPUR 25 Sept. – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) memperkenalkan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) bagi memberi manfaat kepada lebih 40,000 pelajar golongan berpendapatan rendah (B40) di seluruh negara. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar berkata, dana ini dijangka memberi manfaat kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan pelajar sekolah yang memerlukan dalam kalangan keluarga B40. Katanya ia merupakan skim terkini yang diperkenalkan khusus melalui…










