KUALA LUMPUR – Widad Group Bhd. (Widad Group) telah dilantik sebagai sub kontraktor bagi stesen pindahan sisa pepejal baharu di Kepong dengan nilai kontrak sebanyak RM120 juta. Menurut syarikat yang terlibat dalam aktiviti pembinaan dan perkhidmatan pengurusan fasiliti bersepadu serta disenaraikan di Bursa Malaysia itu, tempoh kontrak berkenaan berkuatkuasa daripada tarikh surat pengesahan hingga bulan April 2025. “Subsidari milik penuh syarikat, Widad Builders Sdn. Bhd. telah menerima surat pengesahan daripada…










