LONDON 22 Sept. – Pengurus Watford, Quique Sanchez Flores menyifatkan pasukannya takut untuk berdepan Manchester City selepas dimalukan 8-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris. The Hornets mengalami kekalahan terburuk berdepan skuad bimbingan Pep Guardiola itu di Stadium Etihad. City meraih kemenangan dalam semua 12 perlawanan menentang Watford dalam semua pertandingan dengan rekod 46 gol. Mereka tewas 6-0 kepada City dalam aksi final Piala FA musim lalu dan Flores bimbang kepada…










