KUALA LUMPUR 26 Sept. – Forum Perdana Ehwal Islam yang membawa tajuk ‘Wasiat Agung’ pada 8.45 malam ini menjadi acara pembuka tirai Karnival Rahmah 2019 yang akan berlangsung selama empat hari sehingga Ahad ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd. Ajib Ismail berkata, forum yang akan disiarkan secara langsung di Saluran Tv1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) dari Dataran Putrajaya itu menampilkan beberapa pendakwah terkemuka tanah air seperti Imam…










