PETALING JAYA 25 Sept. – Seorang warga Nigeria dikenakan hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mencuri baju dan tinggal lebih masa di negara ini. Tertuduh, Abdallah Abd. Hafiz, 24, mengaku bersalah selepas kedua-dua pertuduhan tersebut selesai dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir. Mahkamah turut memerintahkan agar hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan berjalan secara serentak berkuat kuasa 16 September lalu. Mengikut pertuduhan,…










