KUALA LUMPUR – Kawasan Sri Aman di Sarawak kembali merekodkan kualiti udara berbahaya apabila mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 301 pada 6 pagi dan terus naik pada pukul 12 tengah hari ini pada bacaan 415. Sri Aman yang terletak berhampiran wilayah Kalimantan di Indonesia yang kini mengalami kebakaran hutan dan menyebabkan jerebu merentas sempadan, memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di semua kawasan berhampiran bahagian barat Sarawak dan sekitar kawasan Tawau dan…










