SHAH ALAM 27 Sept. – Mahkamah Koroner hari ini menyatakan pada malam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, van EMRS yang dinaiki Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim telah diserang dengan ganas oleh sekumpulan individu yang mempunyai niat jahat. Keadaan itu menyebabkan nyawa anggota-anggota bomba yang berada dalam van berkenaan dalam keadaan terancam. – UTUSAN ONLINE










