LONDON 26 Sept. – Ole Gunnar Solskjaer menggesa Manchester United beraksi lebih garang dan pada masa sama mengakui pasukan kendaliannya ‘lebih baik’ semasa penentuan penalti berbanding aksi sebenar. United terpaksa menunggu hingga ke penentuan penalti sebelum menundukkan pasukan League One, Roschdale selepas terikat 1-1 dalam saingan Piala EFL di Old Trafford, awal pagi tadi. Juan Mata, Andreas Pereira, Fred, Mason Greenwood dan Daniel James menyempurnakan sepakan masing-masing untuk menang 5-3…










