KUALA NERUS 26 Sept. – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) akan mengemukakan cadangan berhubung pelaksanaan penggabungan kedua-dua institusi itu kepada Kementerian Pendidikan untuk pertimbangan lanjut. Naib Canselornya, Prof, Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar dan Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan dalam satu kenyataan bersama berkata, inisiatif itu akan dilakukan dalam bengkel selama dua hari anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) yang bermula hari ini.…










