LUMUT 20 Sept. – Pasukan PKNP FC menuntut penjelasan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenai penangguhan kali kedua perlawanan melibatkan pasukan itu dengan PJ City dalam aksi Kumpulan B Piala Malaysia yang sepatutnya berlangsung di sini hari ini. PKNP FC Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim berkata, pihaknya mempertikaikan mengapa surat pemberitahuan mengenai penangguhan perlawanan hari ini diterima tidak sampai 24 jam sebelum sepak mula dan tanpa sebarang perbincangan.…










