ALOR SETAR 25 Sept. – Kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan belia iaitu melebihi 10 peratus, seharusnya menjadi antara tumpuan utama untuk diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pembentangan Bajet 2020, bulan depan. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Datuk Aminuddin Omar berkata, sehingga kini golongan itu masih tertunggu-tunggu janji kerajaan untuk menyediakan satu juta peluang pekerjaan ditunaikan. Malah dalam manifesto mereka itu semasa Pilihan Raya Umum…










