IPOH 27 Sept. – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak hari ini mengambil sampel air dalam parit di Kampung Parit Mentara 3, Bagan Serai susulan tumpahan cecair kimia jenis ‘Acetone’ Rabu lalu. Pengarahnya, Norazizi Adinan berkata, sampel air berkenaan yang diambil pagi tadi dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis dan keputusannya akan diketahui dalam masa terdekat. “Setakat ini, pintu air masuk dan keluar sepanjang 300 meter di dalam parit yang dipercayai…










