KUALA LUMPUR – Dilahirkan dalam susur galur keturunan campuran, pemuda bernama Khen Han Ming yang juga seorang ayah kepada seorang cahaya mata perempuan yang berusia tiga tahun bangga mengangkat identiti sebagai anak Malaysia. Sebagai pengamal seni persilatan Harimau Berantai, Khen berkata, susur galur atau keturunannya tidak menjadi penghalang baginya menjadi anak Malaysia yang dilahirkan di Kuala Lumpur. “Saya pengamal seni persilatan Harimau Berantai yang banyak mengajar saya tentang semangat dan…










