Pada akhir Ogos lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membatalkan lawatan negara ke Denmark secara mengejut sekali gus mengejutkan pemimpin-pemimpin negara Eropah. Pemimpin negara paling kuat di dunia itu pada asalnya dijangka tiba di Copenhagen, 2 September lalu atas undangan keluarga diraja Denmark, Ratu Margrethe II. Lebih mengejutkan, Trump kemudian memuat naik status di Twitter bahawa beliau membatalkan lawatan tersebut kerana Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen tidak berminat berbincang tentang cadangan beliau untuk membeli Pulau Greenland yang merupakan wilayah autonomi milik Denmark. Seminggu sebelumnya, Trump pernah menyatakan bahawa AS…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya