PUTRAJAYA 22 Sept. – Kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia masih menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua kawasan di Semenanjung, Sarawak dan barat Sabah, demikian menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam laporan status kualiti udara dan jerebu pada hari ini. Jelasnya, berdasarkan laporan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura pada Sabtu 21 September…










