KUALA LUMPUR – Seramai tiga individu warga asing ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM322,410 dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah Cheras di sini semalam. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, serbuan pertama telah dilakukan pada pukul 7 malam di kawasan Taman Kobena, Cheras yang membawa kepada penahanan seorang lelaki warga Taiwan berusia 35 tahun. “Hasil pemeriksaan di kediaman suspek, polis telah merampas dadah jenis syabu bernilai RM17,010 dan cecair ganja bernilai RM5,400. Kita juga turut merampas wang tunai RM300. “Hasil ujian saringan air…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya