BAGAN SERAI – Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan tiada bahan kimia berbahaya direkodkan selepas sebuah treler muatan bahan kimia mudah terbakar jenis ‘Acetone Thinner’ terbalik di Kampung Parit Mentara 3 di sini semalam. Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, tiga kaedah digunakan bagi mengesan pencemaran tersebut sama ada terdapat di dalam air mahupun udara di kawasan berkenaan. “Pengesanan…










