KUALA LUMPUR 19 Sept. – Tidak sampai dua minit kesnya disebut di Mahkamah Majistret di sini hari ini, seorang wanita diperintahkan untuk dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Ipoh untuk pemeriksaan psikiatri. Majistret Wong Chia Sia bertindak demikian selepas tertuduh, Norfarahin Abdul Halim, 28, tidak memberikan sebarang reaksi selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan. Wanita yang dikatakan pekerja kelab malam itu juga menggelengkan kepalanya ketika ditanya sama ada dia mengetahui di mana dia sedang berada pada ketika itu. Terdahulu, Norfarahin didakwa membunuh Alvin Borlon, 56, di sebuah rumah di Taman Desa di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya