SETIAP tahun Jabatan Penerangan akan menganjurkan program Kembara Media melibatkan pengamal media dari seluruh negara. Bagi tahun ini, destinasi pilihan adalah Negeri Perak yang diadakan selama empat hari bermula 28 Jun lalu melibatkan sebanyak 23 pengamal media cetak dan elektronik. Mengambil tema Moh ke Perak , Kembara Media Perak 2019 (KMP2019) meneroka beberapa lokasi menarik dan unik yang terdapat di negeri berkenaan. Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat…










