TEMERLOH 9 Sept. – Teratai FC muncul juara Piala Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Kokra Gaurus FC 2-1 dalam perlawanan akhir Liga Bola Sepak Klasik Kerdau II di sini semalam. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dengan kerjasama Pegerakan Pemuda UMNO Kuala Krau itu dihadiri kira-kira 5,000 penonton. Kejohanan liga itu mendapat penghormatan apabila…