DALAM usaha membentuk sebuah negara bangsa yang maju dan berjaya, kita memerlukan generasi muda yang berilmu, berakhlak tinggi serta bersifat patriotik. Namun, ilmu yang harus dituntut mestilah ilmu yang membawa kepada kesejahteraan, dan bukannya ilmu yang merosakkan seperti ilmu mencuri, ilmu menipu serta ilmu jenayah yang lainnya. Ilmu sejahtera itu pula haruslah digunakan bagi tujuan yang baik. Contohnya ilmu berpidato haruslah digunakan untuk melahirkan kesedaran ke arah menyatupadukan rakyat dan…










