Taliban ikrar terus lawan selepas Trump menyatakan dialog sudah 'mati' - Utusan Malaysia

Taliban ikrar terus lawan selepas Trump menyatakan dialog sudah ‘mati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL 10 Sept. – Taliban berikar untuk meneruskan penentangan terhadap angkatan Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden Donald Trump menyatakan dialog bersama mereka telah ‘mati’.

Mereka juga menyatakan Washington akan menyesal kerana meninggalkan rundingan berkenaan.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid berkata, pihaknya mempunyai dua cara menamatkan pendudukan di Afghanistan iaitu jihad dan penentangan ataupun rundingan.

“Jika Trump mahu berhenti rundingan, kita akan mengambil jalan pertama dan mereka kemudian akan menyesal,” katanya kepada AFP. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×