PUTRAJAYA 26 Sept.- Orang ramai diminta hadir untuk mengimarahkan program tazkirah dan solat Jumaat bersama Qari tersohor dunia, Syeikh Misyari Rasyid Al Afasy di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada tengah hari esok. Program yang menampilkan Qari dari Kuwait itu akan berlangsung di Dewan Solat Utama dan bermula pada pukul 12 tengah hari. Kehadiran tokoh itu ke negara ini adalah bersempena siri jelajah beliau ke Malaysia dan Indonesia dalam minggu ini. Beliau juga dijangka berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada malam ini.-UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya