KLANG 25 Sept.- Tindakan sebuah syarikat hiasan dalaman yang menggunakan perisian cetak rompak dipercayai sejak tiga tahun lalu membawa padah apabila premis yang terletak di Pusat Perniagaan Bestari, Taman Perindustrian Air Hitam di sini diserbu pihak berkuasa semalam. Serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari itu dilakukan sepasukan anggota dan pegawai daripada Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PKPDNHEP) negeri. Pengarahnya, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, pihaknya melakukan…










