KLANG – Kegiatan sebuah syarikat hiasan dalaman menggunakan perisian cetak rompak terbongkar dalam serbuan di Pusat Perniagaan Bestari, Taman Perindustrian Air Hitam di sini semalam. Serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai daripada Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PKPDNHEP) Selangor bermula kira-kira pukul 12 tengah hari. Pengarah PKPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, serbuan tersebut dilakukan hasil aduan daripada wakil hak cipta perisian yang mendakwa syarikat…










