PETALING JAYA 26 Sept. – Selepas empat bulan memendam perasaan akhirnya Jasmin Hamid menarik nafas lega apabila individu yang bertanggungjawab menghina anak angkatnya tampil membuat permohonan maaf hari ini. Suri rumah, Izzatul Hairiyah Abdullah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas memalukan anak angkat pelakon itu, Rohhana Abdul Hamid, 32, dalam media sosial tujuh bulan lalu. “Ini bukan soal meraih publisiti atau nak cari duit lebih melalui saman ganti rugi…










