PUTRAJAYA – Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi Bahasa Melayu Kertas 1 dan Bahasa Melayu Kertas 2 yang dijadualkan pada 30 September ini ditangguhkan pada 9 Oktober depan. Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) bagi kertas Bahasa Melayu Komunikasi dan English for Communication yang dijadualkan pada 30 September ini pula ditangguhkan pada 3 Oktober depan. “Penangguhan ini dilakukan kerana 29 dan 30 September diisytiharkan sebagai cuti peristiwa oleh kerajaan negeri Kelantan bagi menghormati perkabungan kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Al-Sultan Yahya Petra.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya