NYON, Switzerland, Sept 26. – Rayuan Slovakia bagi melawan hukuman satu aksi dalam stadium tanpa penyokong dalam saingan kelayakan Euro 2020 menentang Wales di Trnava pada bulan depan akhirnya diterima oleh UEFA. Badan induk bola sepak Eropah itu sebelum ini bertindak mengenakan hukuman berkenaan selepas penyokong Slovakia menunjukkan reaksi perkauman semasa aksi menentang Hungary di Budapest pada bulan lalu. Bagaimanapun denda tetap dikenakan oleh UEFA kepada Slovakia dengan jumlah yang…










